Friday 20 May 2011

Pirate Of Caribbean Vs Nur Kasih

PIRATE OF CARIBBEAN


 Assalammualaikum

I nk cite skit psl tgk wayang smlm ni....Hehhehee...Mula2 tgk cite POC...Waaaa...Besh gler...Graphic n jalan cite mmg menarik...Tak rugi klu tgk..Bg yg lom tgk,g la tgk..Kalau tak rugi nnt...I bg 5 BINTANG utk cite POC ni...Ok aku nk cite skit je ye...Nk tau cite slanjutnye,g lh tgk eh...Besh!!!Terbaik la...Dlm cite tu,ade 2 org jack sparrow plk...Hangin gle jack...

Dye cari smpai jupe sp yg mnyamar jd dye tu...Dlm perjalanan mencari penyamar tu,tiba2 bapa jack muncul...Sume org dlm panggung pelik...Ahhaha...muka n cara dress up sme je...Tp,tua skit la bapa dye 2...namepn bapa dyekn..Kt situ,bapa dye bg hint psl TELAGA yg org tgh cari...Dgr cite,telaga tu leh wat AWET MUDA..Sume tgh cari...Tp,cite dye mcm cite anime ONE PIECE skit...Sbb,ade BLACKBEARD la...Hahahahaa..Tp,jack ni pndai...Asik luck je jack ni....Mmglh...Name pn hero kn...Tp,tu lh...Besh cite dye...G lh tgk ye...Thanx sbb baca sinopsis ni...Hehehhee...

                      Hehehehe..Ni lh ticketnye...


NUR KASIH

Lepas tgk cite POC,tgk cite NUR KASIH plk...sblm msuk dh tau dh nk wat ape...sediakan tisu dlu...krng klu nangis nk lap kat mane plk...hehehhee...jalan cite ok dan menarik...i bg 5 BINTANG utk cite ni jgk...ok i cite skit psl cite ni eh..cite ni smbungan dari cite NUR KASIH yg series 2...

I confirm korang yang baca entry ni pasti tak sabarsabar menunggu masa nak serang panggung. Yela fenomena Nur Kasih The Movie (NKTM) dah meledakledak sekarang. Dan aku terpanggil untuk memberikan sedikit komentar tentang sebuah lagi karya Melayu yang tidak mengecewakan ini. Sebuah filem wajib tonton arahan Khabir Bhatia ini telah mengangkat sebuah kisah keagungan Islam melalui pengalaman suka duka Adam, Aidil dan Nur Amina. Setelah enam tahun berlalu, Aidil kehilangan isteri tercinta Alyah dan takdir seakan tidak putus menduga keimanan Adam dan Nur Amina serta mereka sekeluarga.

Dikurniakan dua cahayamata Ilyas dan Mariam, Aidil dilihat semakin tabah menempuh ranjau luka meskipun terkadang kematangan Ilyas sebagai abang sulung sangat meruntun jiwa. Mungkin beliau hanyalah pelakon kanakkanak yang dianggap watak tambahan tetapi secara jujurnya aku merasakan setiap seorang daripada pelakon yang membawakan watak dalam NKTM tidak kira besar atau kecil sangatsangat mempengaruhi emosi penonton dalam merungkai kisah kasih antara mereka.

Berlatarkan rumah sama dalam drama bersiri Nur Kasih, kita masih mampu mengingati bagaimana Adam dan Nur di tengah bendang yang hijau, berhadapan sebatang pokok besar yang menjadi saksi sumpah setia mereka. Dengan emak yang tidak putus berdoa demi kebahagiaan mereka dan abang yang tidak jemu membakar semangat. Kisah Nur dan Adam diuji lagi.

Mereka terbang ke Jordan dan MasyaAllah, sebuah sinematografi yang terlalu indah untuk digambarkan. Serasa ingin terbang ke negara Timur Tengah itu menyaksikan sendiri keagungan Sang Pencipta. Sebuah filem arahan pengarah bukan Islam telah berjaya membuka mata aku tentang betapa Islam itu tersangat indah sehinggakan ia digarap begitu kemas dengan dialog dialog yang sungguh terkesan di hati.

Tidak puas rasanya menatap padang pasir, dengan beberapa babak menyaksikan pelakon bertutur dalam bahasa syurga. Kegigihan dan kematangan Nur Amina terpancar dalam mencari si suami yang hilang dalam ribut pasir. Adam meskipun kurang berdialog di penghujung cerita tetapi emosi wajah dan geraklakunya berjaya mempamerkan kasih yang mendalam terhadap isteri yang dicintai.

Aku terbaca beberapa komen di fan page NKTM mengatakan garapan yang longgar, terlalu banyak yang ingin diceritakan dan setiap babak dilihat terkejarkejar serta tidak perlu rasanya NKTM, memadai hanya 26 episod bersiri di televisyen. Mungkin terselit kebenarannya di situ, TETAPI harus diingat sebagai penggiat media, khususnya pembikin filem setiap daripada mereka pasti mempunyai pegangan atau ideologi yang ingin disampaikan melalui filem. Meski terdapat mereka yang hanya memikirikan soal keuntungan tetapi sejujurnya aku yakin NKTM adalah sebuah karya telus yang mengangkat keindahan Islam dan bagaimana kita sebagai umat Islam itu harus redha dengan segala ketentuan Allah SWT yang telah menetapkan qada` dan qadar hambaNya.

Pada yang kurang berpuas hati dengan NKTM, fikirlah dari sudut berbeza. Anggaplah RM10 yang anda belanjakan itu sebagai terapi diri, bukan hanya sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan tetapi lebih kepada proses menilai kelemahan dan kekurangan diri serta menyuntik kesedaran untuk kita lebih ikhlas dalam mengabdikan diri kepadaNya. Biarlah sejam setengah yang berlalu di dalam panggung itu dijadikan tempoh muhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih beriman.

Kelemahan-kelemahan yang dilihat dalam NKTM pasti boleh ditutup dengan kemantapan watak-watak yang begitu kuat seperti yang telah kita tonton di TV. Sekalung syabas buat teraju utama NKTM Remy Ishak, Tiz Zakiah dan Fizz Fairuz kerana berjaya membuatkan airmata begitu murah saat menonton NKTM. Untuk tenaga produksi NKTM juga, tanpa kerja keras kalian sebuah karya agung ini pasti tidak ke skrin besar.

Benar seperti yang aku pelajari, media massa tidak memberi pengaruh buruk semata-mata kepada khalayak malah mampu mengubah persepsi dan cara kita melihat sesuatu perkara itu dalam konteks sejagat. Semuanya terpulang kepada tahap pemahaman dan bagaimana kita mahu menerima sesuatu. Itu lebih utama.

Sumber : Nur Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...